Berita Sekolah

Ujian Penilaian Sekolah Rendah berlangsung pada 11/09/2012 sehingga 13/09/2012 kepada semua murid tahun enam. Selamat berusaha dan semoga berjaya.

Tuesday, 28 August 2012

Salam Aidilfitri




Warga SK Datuk Bandar mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Diharapkan semoga anda berbahagia, ceria dan bergembira di hari lebaran.



Mudah-mudahan kita memperoleh keberkatan yang lebih dihari yang mulia ini, dengan mengamalkan sikap dan nilai murni. Bermaafan sesama kita adalah amalan yang dituntut. Berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang.


Akhir kata, ucapan sekali lagi Salam Aidilfitri dari kami untuk anda, Maaf Zahir & Batin

Tuesday, 7 August 2012

Tadarus al-Quran Sempena Ramadhan 1433H

Semua murid berkumpul di Dataran Ilmu, SKDB.

Sepanjang Bulan Ramadhan pada tahun ini (1433H / 2012M) Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab menganjurkan aktiviti Tadarus al-Quran pada sebelah pagi waktu persekolahan.


Murid perempuan juga turut mengambil bahagian .

Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid tahun 2, tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Seramai 123 orang murid yang menyertai bacaan Tadarus secara beramai-ramai yang diadakan pada setiap pagi Isnin, Selasa dan Khamis.

Murid memperdengarkan bacaan dan diselia oleh  Guru Pendidikan Islam.
Seawal jam 6.40 pagi, murid-murid yang mengambil bahagian dalam aktiviti ini bersedia di Dataran Ilmu dan memulakan bacaan. Sungguh syahdu mendengarkan bacaan mereka pada pagi yang hening. Semoga mereka menjadi manusia yang dibimbing oleh al-Quran, InsyaAllah.

Wednesday, 25 July 2012

Salam Ramadhan 1433H


Pada 21 Julai 2012 bersamaan hari sabtu, Ramadhan datang kembali menyapa umat Islam. Firman Allah SWT;

"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadhan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah: ayat 185)




Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dari warga SKDB, mudah-mudahan kita semua memperoleh keberkatan dan meningkatkan ketaqwaan di sisi Allah SWT di bulan yang penuh barakah ini. amin.

Wednesday, 18 July 2012

Perhimpunan Sekolah

Rabu - Setiap hari rabu dalam minggu persekolahan adalah hari perhimpunan sekolah. Semua murid mendengar amanat dari pihak pentadbir dan guru pada hari tersebut.