 |
Semua murid berkumpul di Dataran Ilmu, SKDB. |
Sepanjang Bulan Ramadhan pada tahun ini (1433H / 2012M) Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab menganjurkan aktiviti Tadarus al-Quran pada sebelah pagi waktu persekolahan.
 |
Murid perempuan juga turut mengambil bahagian . |
Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid tahun 2, tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Seramai 123 orang murid yang menyertai bacaan Tadarus secara beramai-ramai yang diadakan pada setiap pagi Isnin, Selasa dan Khamis.
 |
Murid memperdengarkan bacaan dan diselia oleh Guru Pendidikan Islam. |
Seawal jam 6.40 pagi, murid-murid yang mengambil bahagian dalam aktiviti ini bersedia di Dataran Ilmu dan memulakan bacaan. Sungguh syahdu mendengarkan bacaan mereka pada pagi yang hening. Semoga mereka menjadi manusia yang dibimbing oleh al-Quran, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment